Blog - ONEXOX Setiawangsa

ONEXOX Memang tak mengecewakan. Sepanjang perjalanan naik tren LRT Kelana Jaya Line, 4G tak pernah hilang. Walaupun tren lalu di underground station, masih juga line 4G. Tak macam sesetengah telco, masuk tunnel terus jadi E. Tak pun hilang terus dari dunia.

Apa lagi yang kita cari selain dari kestabilan dan kelajuan internet. Untuk businessman lebih-lebih lagi online bisnes, kestabilan line internet sangat-sangat diperlukan.

Bayangkan macam mana stressnya jiwa time line macam siput? Time tengah melayan whatsapp customer, line putus tak boleh nak download dan upload gambar yang customer mintak. Ini boleh mengurangkan kredebiliti.

Jangan hanya melihat kepada tawaran UNLIMITED atau free basic data, atau percuma unlimited panggilan ke mana-mana rangkaian, sedangkan kestabilannya boleh dipertikai.

Selamat memilih talian yang betul-betul berkualiti.

ONEXOX ada postpaid tak? Ini soalan biasa kedengaran daripada orang ramai kepada saya. Buat masa ni memang #onexox tidak menyediakan plan postpaid. Untuk masa akan datang wallahuaalam. Saya pun tak tau.

Tapi kenapa soalan macam tu sering ditanya? Diantara jawapan mereka ialah:
  • Malas nak gi kedai topup,
  • Tak ada class la pakai prepaid- beranggapan prepaid untuk golongan cikai-cikai,
  • Banyak call- susah nak bajet, takut tengah call kredit habis.
  • dll
Terlalu banyak alasan kenapa pengguna postpaid susah nak bertukar ke prepaid. Sedangkan alasan yang dicipta itu bukan sebenar-benar alasan. Untuk yang mahu berfikir, prepaid sebenarnya lebih banyak kebaikkan daripada postpaid dari segi penjimatan.
Cuba lihat dari segi bajet. Sebenarnya prepaid membolehkan kita bajet berapa banyak penggunaan yang kita nak guna sebulan. Kawalan lebih berkesan sebab kita tau berapa yang kita telah guna dan berapa lagi yang tinggal.
Alasan malas nak pegi kedai topup tu sebenarnya hanya alasan. Kalau pakai postpaid tak kena keluar pegi bayar juga ke? So, tak ada masalah nak keluar. Lagipun jualan topup berada di mana-mana. Bila-bila masa kita boleh beli 24 jam sehari! Ditakdirkan kita terlebih penggunaan postpaid bulan tu, kena block tak boleh call out, bukan ke kena tunggu office hour untuk selesaikan masalah. Dengan prepaid, ia satu kebebasan!
Apa lagi nak cerita pasal postpaid vs prepaid? Okeh, ada yang kata dia nak check detail panggilan keluar dan sms setiap bulan. Prepaid tak menyediakan itemised bill. Sorry okey, onexox telah menyediakan selfcare yang membolehkan kita menyemak detail panggilan dan sms. Lebih menarik lagi ianya PERCUMA sahaja. Kalau postpaid kena bayar RM3-5. Kenapa nak bayar sedangkan ada yang percuma?
Pendek kata prepaid ni ada 1001 macam kelebihan berbanding dengan plan postpaid. Kita mahukan kebebasan dan tidak mahu terikat dengan kontrak. Kalau ada duit kita topup dan guna. Kalau tak ada duit, tunggu sehingga ada duit. Ketenangan macam ni jarang kita dapat kalau pakai plan postpaid.
Jadi apa tunggu lagi. Bertukar sekarang ke Plan Onexox Prepaid yang lebih bijak dan menjimatkan.
Call atau Whatsapp saja 019-307 5154 untuk maklumat lebih lanjut. Untuk lebih mudah boleh PM di facebook atau layari http://onexox.ml/ untuk menikmati penjimatan yang sudah pasti berbaloi-baloi.

Khairul Amran Marhaban, ONEXOX Authorised Dealer, DYSD24179 (SSM: 002508139-P) 019-307 5154 http://onexox.ml/

"ONEXOX MENYEKAT NOMBOR 5 ANGKA"

Kenapa dan Bagaimana? Ikuti Kupasan Ini...

Sesetengah perkara yang menjadi masalah kepada kita mungkin bukan menjadi masalah bagi orang lain.

Sapa yang pernah kena potong kredit sebab ada sms dari 3xxxx masuk tiba-tiba? Mesti bengang kan?

Tapi ada juga manusia yang tak kesah benda tu berlaku. Bayar la bil beratus-ratus setiap bulan. Topup 10 tinggal seringgit. Macam tak ada apa yang berlaku.

Bila kita cerita baru la mulut melopong..
    

"Ooo patut la kredit aku cepat habis".

"Ooooo patut la bil aku melambong tinggi.

Sebenarnya orang macam ni bukan tak kesah, tapi tak cakna. Maklum la duit banyak. Setakat tolak RM3 satu sms apa ada hal. Bagi telco kapitalis kaya raya apa ada hal.

Sebab itu la ‪#‎onexox‬ blok no premium 5 angka tu siap-siap. Lintah darat macam tu kena pancung awal supaya tidak bermaharajalela.

Tapi kan, itu bukan masalah semua orang. Macam yang aku cakap awal-awal tadi la. Masalah bagi kita tak semestinya masalah orang lain.

Pengguna yang nak terima juga nombor premium tak ada masalah. Boleh hubungi terus customer servis untuk unblok nombor tu. Tapi jangan marah-marah pulak kalau ada sms datang potong kredit.

Okeh sapa yang rasa kena potong kredit oleh nombor premium tu satu masalah boleh terus tukar ke onexox. Tak guna fikir panjang lagi. Jom bertukar.

Satu hari ada seorang user telefon marah-marah saya. Katanya puas dia cari topup onexox merata kedai tapi tak jual.


Saya tanya pada dia, di stesen minyak pun tak jual, 7e pun tak ada? Dia kata tak ada.

Pening juga nak jawab. Last-last barulah saya tau punca masalahnya. Rupa-rupanya dia pegi kedai dan tanya topup #onexox. Loo, memang la kedai tak jual. Sebab di kedai cuma ada xox je.

Jangan silap paham, memang xox ada prepaid juga. Boleh je nak gunakan xox, cuma jangan beli kad gores xox.

Sebenarnya masalah ni ramai yang hadapi. Mungkin tak ada yang beritahu atau saja-saja taknak ambil tahu, wallahuaalam.

Selepas ni nak topup boleh pergi ke 7e, petronas, kedai mamak yang guna epay untuk topup. Bagitau kat cashier nak beli topup xox. Insyallah ada.

Nak lagi mudah, call terus dealer yang melantik kita. Recharge memang ada dijual. Kalau nak lagi mudah, daftar selfcare dan topup online melalui selfcare. Kan senang tu.

Okeh, tak payah nak marah-marah, tak payah nak pening kepala. Call je saya kalau nak topup nanti.

Onexox menawarkan tempoh aktif panjang sehingga 28 bulan. Tempoh ini akan bertambah dengan setiap kali kita tambah nilai. Setiap RM1 yang kita tambah nilai, tempoh aktif juga bertambah sehari.

Apa yang special sangat dengan tempoh yang panjang ni?

Pernah tak berlaku kepada anda atau kawan-kawan anda kredit masih ada, tapi dah tak boleh buat panggilan dan sms? Tempoh sah telah tamat walaupun kredit masih ada. Itu biasa berlaku kepada mak abah kita di kampung yang jarang buat panggilan. Mereka cuma menunggu panggilan dari anak-anak. Topup semata-mata nak aktif.

Bukankah itu satu pembaziran dan masalah besar? Kalau berlaku apa-apa kecemasan, susah juga mereka nak buat panggilan.

Inilah kelebihan tempoh aktif panjang yang diperlkenalkan oleh onexox. Ia diberikan secara percuma apabila user bertukar ke prepaid onexox dengan mengekalkan nombor sedia ada atau membeli nombor baru. Namun, bagi user yang membeli nombor baru, mereka perlu menambah nilai RM50 terus dalam masa 30 hari setelah pengaktifan nombor mereka.

"Tapi Apa bezanya topup RM50 terus dengan pakej prepaid dari telco lain yang membolehkan kekal aktif selama setahun atau dua tahun dengan harga RM33 atau RM50 tu?"

Beza antara kedua-duanya ialah RM50 yang anda bayar untuk kekal atif di telco lain itu akan burn berbanding dengan RM50 yang anda topup di onexox. RM50 akan kekal untuk kegunaan anda. Nampak tak jimat kat situ?

Dengan kelebihan prepaid onexox ini, bolehlah dijadikan hadiah untuk ibu bapa kita di kampung. Kalau kita terlupa nak topupkan mereka pun tak ada masalah.

Banyak lagi kelebihan prepaid onexox ni. Walaubagaimanapun tempoh aktif yang panjang ni lain dari yang lain. Rugi kalau kita tak bertukar ke onexox. Caranya mudah je. Beli nombor baru atau kekalkan nombor kesayangan anda! Semudah itu saja. Nak bertukar dari pospaid telco lain ke prepaid onexox pun boleh.


Kalau anda berhajat nak belikan anak-anak telefon untuk kegunaan ketika kecemasan atau bila perlu, belikan saja handset yang simple dan basic macam ni.

Untuk call dan sms diwaktu kecemasan atau memerlukan je kan? So tak payah beli smartphone. Ini untuk memastikan anda tak pening kepala untuk melayan permintaan anak anda topup setiap bulan sebab nak subscribe internet.

Tapi satu perkara yang perlu kita fikir masak-masak sebelum bagi anak telefon yang basic iaitu pasal ‪#‎topup‬ setiap bulan untuk membolehkan anak call dan sms kita diwaktu kecemasan tu.

Sebagai ibu-bapa yang nak juga belikan anak-anak telefon bimbit basic, sekarang tak payah pening-pening kepala lagi. Belikan je simkad panjang umur ‪#‎onexox‬ prepaid yang boleh tahan tanpa topup setiap bulan sehingga 28 bulan.

Topup sekali, guna sampai habis. Dah habis barulah topup semula. Tak payah risau pasal expired date lagi. Anak-anak takde la mintak duit topup tiap-tiap bulan.Boleh guna duit tu untuk benda lain yang lebih memerlukan.

Nak lagi jimat tukar satu famili kepada #onexox prepaid. SMS free sesama onexox. Tak perlu subscribe data untuk guna whatsapp.

Budak-budak ni kalau dapat smartphone dan layan wechat/fb/whatsapp kita pun tak mampu nak kawal. Sebelum terlewat baik kita kawal aktiviti sosial anak-anak di bawah jagaan kita. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudain tiada guna.

Okeh, jangan lupa pesanan-pesanan saya ni sebelum belikan telefon basic untuk anak. Pilih nombor-nombor baru pun boleh, kekalkan no lama pun boleh. Simple step, check in di sini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni secara rasminya Onexox Easy Menu boleh digunakan. Kalau sebelum ni semua urusan semak baki, tambah senarai rakan f&f, subscribe data dilakukan menggunakan sms, tapi kini hanya menggunakan easy menu.

Walaupun nampak agak ketinggalan, Onexox menerima asakan yang bertalu-talu daripada pengguna untuk mewujudkan sistem easy menu. Untuk tidak mengecewakan pengguna, onexox menyahut cabaran tersebut.

Easy Meny boleh dieksess menggunakan short code *150#. Antara menu yang dipaparkan seperti berikut:

Walaubagaimanapun, ada beberapa cara lain boleh digunakan oleh pengguna untuk melanggan data, melihat baki dan tambah senarai famili and friend.

  • Guna sms.
  • Guna Aplikasi. Download di sini. (Untuk Android Sahaja)

Semoga semua penambahbaikkan yang onexox buat akan memudahkan kita sebagai pengguna.

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi:

Khairul Amran,
ONEXOX Authorized Dealer,
019 307 5154 / 010 839 4039

Atau PM sahaja di Facebook Saya

Berjimat dalam kegawatan ekonomi sekarang dianggap tiada kesan kepada kehidupan sesetengah orang. Namun saya optimis berjimat adalah salah satu kaedah paling berkesan untuk mendepani krisis ekonomi sekarang.

Untuk berjimat, pertama sekali tengok perbelanjaan wajib setiap bulan. Macam loan dan fix bil tu tak leh nak buat apa la. Bayar je macam yang tertera.


Tapi dalam bil boleh kawal terutamanya bil telefon ada perincian yangboleh kita teliti semula. Ambil tahu dan notekan perkara2 berikut:

1) Berapa penggunaan sebulan? (Call, sms dan internet)
2) Berapa call rate seminit?

Ni perbelanjaan yg boleh kita kawal atau kita jimatkan kalau tau caranya.

Dalam bil2 lain, astro, letrik, air, minyak dan belanja makan tu masing2 dah arif macam mana nak kurangkan belanja tersebut kan?

Cuma saya nak tekankan benda yang paling orang tak suka ambik tahu iaitu belanja untuk telefon (bil & prepaid).

Saya nak tunjukkan macam mana kita boleh jimatkan sehingga 50% perbelanjaan untuk bil telefon bimbit. Klik sini untuk lebih lanjut:


Atau boleh sms, whatsapp, fb message:
019 307 5154

KHAIRUL AMRAN,
ONEXOX Authorize Dealer,
DYSD24179.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Menara Lien Hoe yang menempatkan HQ ONEXOX & HQ XOX akan membuat penyelenggaraan terhadap sistem seluruh bangunan pada Ahad (20 Dis 2015) - 2pm hingga 4pm. Sehuhungan itu, perkhidmatan Careline 12273 & 1300888010 akan dihentikan sementara waktu pada waktu tersebut bagi memberi laluan kepada proses penyelenggaraan yang dinyatakan di atas. Harap maklum.

Jika ada sebarang pertanyaan dan memerlukan bantuan pegawai khidmat pelanggan boleh lakukannya selepas waktu tersebut.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.