​Tambah Nilai Onexox

Satu hari ada seorang user telefon marah-marah saya. Katanya puas dia cari topup onexox merata kedai tapi tak jual.


Saya tanya pada dia, di stesen minyak pun tak jual, 7e pun tak ada? Dia kata tak ada.

Pening juga nak jawab. Last-last barulah saya tau punca masalahnya. Rupa-rupanya dia pegi kedai dan tanya topup #onexox. Loo, memang la kedai tak jual. Sebab di kedai cuma ada xox je.

Jangan silap paham, memang xox ada prepaid juga. Boleh je nak gunakan xox, cuma jangan beli kad gores xox.

Sebenarnya masalah ni ramai yang hadapi. Mungkin tak ada yang beritahu atau saja-saja taknak ambil tahu, wallahuaalam.

Selepas ni nak topup boleh pergi ke 7e, petronas, kedai mamak yang guna epay untuk topup. Bagitau kat cashier nak beli topup xox. Insyallah ada.

Nak lagi mudah, call terus dealer yang melantik kita. Recharge memang ada dijual. Kalau nak lagi mudah, daftar selfcare dan topup online melalui selfcare. Kan senang tu.

Okeh, tak payah nak marah-marah, tak payah nak pening kepala. Call je saya kalau nak topup nanti.

Komen