Kenapa Onexox Blok Nombor 5 Angka?

"ONEXOX MENYEKAT NOMBOR 5 ANGKA"

Kenapa dan Bagaimana? Ikuti Kupasan Ini...

Sesetengah perkara yang menjadi masalah kepada kita mungkin bukan menjadi masalah bagi orang lain.

Sapa yang pernah kena potong kredit sebab ada sms dari 3xxxx masuk tiba-tiba? Mesti bengang kan?

Tapi ada juga manusia yang tak kesah benda tu berlaku. Bayar la bil beratus-ratus setiap bulan. Topup 10 tinggal seringgit. Macam tak ada apa yang berlaku.

Bila kita cerita baru la mulut melopong..
    

"Ooo patut la kredit aku cepat habis".

"Ooooo patut la bil aku melambong tinggi.

Sebenarnya orang macam ni bukan tak kesah, tapi tak cakna. Maklum la duit banyak. Setakat tolak RM3 satu sms apa ada hal. Bagi telco kapitalis kaya raya apa ada hal.

Sebab itu la ‪#‎onexox‬ blok no premium 5 angka tu siap-siap. Lintah darat macam tu kena pancung awal supaya tidak bermaharajalela.

Tapi kan, itu bukan masalah semua orang. Macam yang aku cakap awal-awal tadi la. Masalah bagi kita tak semestinya masalah orang lain.

Pengguna yang nak terima juga nombor premium tak ada masalah. Boleh hubungi terus customer servis untuk unblok nombor tu. Tapi jangan marah-marah pulak kalau ada sms datang potong kredit.

Okeh sapa yang rasa kena potong kredit oleh nombor premium tu satu masalah boleh terus tukar ke onexox. Tak guna fikir panjang lagi. Jom bertukar.


Komen