Soalan Lazim

Apakah ONEXOX

ONEXOX merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.



Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
  • Anda boleh mendapatkan Kad Sim ONEXOX DISINI


Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
  • Boleh. Anda boleh mengekalkan nombor sedia ada DISINI


Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
  • Kredit tersedia RM5 terletak di dalam Akaun Utama. SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.


Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
  • Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.
  • Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.
  • Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):

    SMS ke 22111- TRNS DA
    Contoh: TRNS DA 18
  • Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.
  • Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.