Onexox menawarkan tempoh aktif panjang sehingga 28 bulan. Tempoh ini akan bertambah dengan setiap kali kita tambah nilai. Setiap RM1 yang kita tambah nilai, tempoh aktif juga bertambah sehari.
Apa yang special sangat dengan tempoh yang panjang ni?
Pernah tak berlaku kepada anda atau kawan-kawan anda kredit masih ada, tapi dah tak boleh buat panggilan dan sms? Tempoh sah telah tamat walaupun kredit masih ada. Itu biasa berlaku kepada mak abah kita di kampung yang jarang buat panggilan. Mereka cuma menunggu panggilan dari anak-anak. Topup semata-mata nak aktif.
Bukankah itu satu pembaziran dan masalah besar? Kalau berlaku apa-apa kecemasan, susah juga mereka nak buat panggilan.
Inilah kelebihan tempoh aktif panjang yang diperlkenalkan oleh onexox. Ia diberikan secara percuma apabila user bertukar ke prepaid onexox dengan mengekalkan nombor sedia ada atau membeli nombor baru. Namun, bagi user yang membeli nombor baru, mereka perlu menambah nilai RM50 terus dalam masa 30 hari setelah pengaktifan nombor mereka.
"Tapi Apa bezanya topup RM50 terus dengan pakej prepaid dari telco lain yang membolehkan kekal aktif selama setahun atau dua tahun dengan harga RM33 atau RM50 tu?"
Beza antara kedua-duanya ialah RM50 yang anda bayar untuk kekal atif di telco lain itu akan burn berbanding dengan RM50 yang anda topup di onexox. RM50 akan kekal untuk kegunaan anda. Nampak tak jimat kat situ?
Dengan kelebihan prepaid onexox ini, bolehlah dijadikan hadiah untuk ibu bapa kita di kampung. Kalau kita terlupa nak topupkan mereka pun tak ada masalah.
Banyak lagi kelebihan prepaid onexox ni. Walaubagaimanapun tempoh aktif yang panjang ni lain dari yang lain. Rugi kalau kita tak bertukar ke onexox. Caranya mudah je. Beli nombor baru atau kekalkan nombor kesayangan anda! Semudah itu saja. Nak bertukar dari pospaid telco lain ke prepaid onexox pun boleh.